Rakyat Selangor khususnya kelompok B40 yang berpendapatan isi rumah bawah RM2,000 sebulan disarankan untuk mendaftar di bawah Skim Insurans Peduli Sihat bagi mendapatkan rawatan asas secara percuma sejak diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Januari 2017.

Lanjutan daripada itu, pada 1 April 2020 Kerajaan Negeri telah mengumumkan bahawa Skim Insuran Peduli Sihat akan turut memberikan perlindungan kesihatan seperti berikut:

  1. Bantuan Pengebumian
  2. Perlindungan Kemalangan Diri
  3. Perlindungan Penyakit Kritikal
  4. Insuran Nyawa / Hayat

Insuran kesihatan secara universal ini bertujuan untuk mambantu meringankan beban golongan B40 khususnya bagi menerima rawatan asas serta pelbagai manfaat.

Ini akan dapat mengurangkan kesesakan di klinik/hospital kerajaan di samping membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi keluarga berpendapatan rendah menerima pebagai manfaat perlindungan kesihatan.